Wednesday, November 9, 2011

PENDAPAT SHA IBRAHIM TENTANG NOVEL 'AWAK SUKA SAYA TAK?'




Salam semua..heheheh..sebelum sha buat 'ulasan' Sha mengenai ASST...sha ingin minta maaf dahulu kepada sesiapa yang bakal baca note ni akan 'tersentap' mahupun 'terasa' mahupun 'meyampah'...di sini Sha ingin mengatakan...Sha tak kisah dengan semua tu...apa yang Sha tahu...apa yang Sha tulis tak ada kena mengena dengan sebarang perkataan 'bodek' mahupun nak 'ambil hati' ataupun Sha ni adalah 'kroni'....apa yang bakal Sha tulis nanti adalah ikhlas datangnya dari hati Sha sendiri...ok...so..kalau tak nak baca jangan baca...kalau dah baca jangan nak buat cerita ataupun nak mengumpat atau mengata...sebab semua tu bukan ada apa-apa kesan pada Sha pun..sebab bagi Sha...tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain Yang Maha Esa...kalau dia nak 'naikkan' seseorang dia takkan bagi sebarang petanda apatah lagi kalau dia nak bagi hambanNya dugaan..cuma kita sebagai hamba..hendaklah bersedia dengan apa sahaja rintangan yang melanda...ahaks~...kat sini dah panjang lebar...ekekeke..bukan apa...sebab Sha dapat tahu..nota Sha mengenai ASST yang lepas menimbulkan ketidakpuasan hati oleh sesetengah pihak...Sha sendiri pun tidak tahu kenapa benda ni boleh terjadi..namun..Sha adalah Sha...kadang-kadang benda yang orang tak suka yang aku selalu buat...dan lagi...dan lagi...dan lagi...hahahahaha...ok...pesanan penaja dah banyak sangat dah ni...so jom kita mulakan....

Sha mula menyukai ASST sejak diperkenalkan oleh Kak Salmah Hanim. Waktu tu cerita ini memang hangat diperkatakan di blog penulis itu sendiri, Kak Melur Jelita....hehehe...Sha pula bukannya jenis yang tidak suka membaca karya orang lain. Sha memang pembaca tegar novel mahupun enovel. Kalau teman rapat mengesyorkan mana-mana blog yang menarik..Insya-Allah Sha akan melawat blog tersebut. Kembali pada ASST...setelah keluar novel ASST....terus terang Sha katakan, mula-mula Sha pegang novel tu perkara pertama yang Sha buat, Sha buka di muka surat pada babak yang paling akhir Sha baca di blog...hahahaha...itu adalah disebabkan sikap tak sabar punya pasal...nak tahu sangat-sangat ending dia...mahunya tak nak tahu...berbulan-bulan Sha angaukan cerita ni...terbayang-bayang bagaimana pengakhiran cinta Hilman Yong dengan Intan Zulaikha....hehehehehe....bila dah buka waktu itu jugalah Sha baca sampailah ending..dan Alhamdulillah...ending dia memang superb dan memang memuaskan hati Sha..dan Sha juga percaya pembaca lain juga akan berpuas hati dengan 'ending' tersebut....hahaha...tapi kan...seriau la ending dia...mak datuk romatik!!! Kalau Sha kat tempat Intan...mahunya aku menyorok dalam almari sampai ke pagi...kuang...kuang....kuang....bila dah habis baca...barulah Sha mulakan semula dari awalan bab untuk merasai jalan cerita dari awal sehinggalah pengakhiran cerita dan ternyata cerita kak Melur Jelita tidak mengecewakan. Tahniah Kak MJ...hehehehe

AWAK SUKA SAYA TAK a.k.a ASST...dekat sini Sha ingin berterus terang...ASST adalah kisah cinta...kisah cinta antara dua insan yang satu agama namun berlainan bangsa...kisah cinta yang begitu santai dan langsung tidak memeningkan kepala...namun garapan daripada penulis...dari segi bagaimana cerita cinta ini diolah memang cukup menarik dan telah menjadikan cerita ini mempunyai 'keistimewaannya' yang tersendiri. Walaupun Sha tak nafikan..kisah cinta antara seorang Muslim dengan seorang pendatang baru dalam Islam bukanlah kisah yang tidak pernah ditulis oleh sesiapapun..namun ASST mempunyai 'x-factor' nya yang tersendiri sehinggakan karya ini boleh dikatakan telah menjadi 'fenomena' di kalangan pembaca dan peminat novel...nak tahu kenapa?? Itu anda kena baca sendiri. Bagi Sha, Sha akan menceritakan macam mana cerita ini mendapat tempat di hati Sha.

Salah satu yang menjadikan cerita ini menarik, apabila kisah ini diceritakan dengan menggunakan POV 1 (Point OF View One) ataupun penceritaan yang menggunakan kata ganti diri pertama iaitu 'aku'. Terus terang Sha katakan, pada pendapat Sha, sesiapa yang menulis menggunakan teknik ini dan cerita dia langsung tak membosankan dan menarik, Sha memang 'respect' dekat penulis tersebut. Sebab memang susah untuk menulis menggunakan POV 1 tetapi dapat memperkembangkan cerita dengan begitu menarik. Sebab tu Sha begitu 'admire' dengan penulis Amaruzati Noor Rahim dalam Novelnya Bila Sena Kembali Berbunga dan penulis Hanni Ramsul dalam karyanya 'Bila YM Berbicara'. Sesiapa yang pernah baca dua karya ini pasti faham dengan apa yang ingin Sha perkatakan. Keistimewaan dan kelebihan yang paling ketara untuk novel yang menggunakan POV 1 adalah, penulis mampu membuatkan pembaca begitu dekat dengan watak utama dan kadang-kadang membuatkan pembaca itu sendiri merasakan beliau adalah watak utama di dalam novel tersebut. Itulah yang Sha rasakan apabila membaca ASST...tak percaya??? Baca sendiri. hahahaha

Sebab lain yang membuatkan Sha begitu menyukai ASST adalah cara penulis menggambarkan watak utama iaitu Intan Zulaikha dan watak utama yang kedua iaitu Hilman Yong. Awalan bab sudah begitu membuatkan Sha teruja untuk tahu apakah kisah selanjutnya, watak Intan Zulaikha yang digambarkan dengan sikap yang begitu 'outspoken' dan langsung tak ambil peduli dengan pandangan orang lain terhadapnya, menyebabkan Sha ingin tahu apa penyudah kisah gadis manja yang degil dan ego ini. Bab demi bab makin lama makin membuatkan Sha tak mahu berhenti untuk terus membacanya. Apatah lagi dengan kemunculan watak Hilman Yong yang boleh dikatakan mempunyai 'pakej' yang lengkap, seorang lelaki yang berdarah kacukan Korea-Amerika-Cina, dekat sini kita dah boleh bayangkan betapa kacaknya 'mamat' ni kan?? hehehehe...malah ditambah pula dengan karektor yang ada pada Hilman, yang digambarkan seorang lelaki yang tinggi ilmu agamanya...seorang lelaki yang begitu budiman...dan seorang yang begitu mencintai gadis yang bernama Intan Zulaikha...Sha percaya kalau diberi kepada mana-mana gadis sekalipun sudah pasti tidak mampu menolak seorang lelaki seperti Hilman Yong...kecuali kak Melur Jelita yang dikatakan tak suka Hilman Yong...hahaha...boleh percaya ke kak??? hahahaha....

Walaupun cerita ini hanya berkisarkan tentang watak Intan dan juga Hilman, namun jalan ceritanya tidak mendatangkan rasa bosan kepada pembaca. Malah Sha sendiri sebagai pembaca Sha begitu teruja apabila sampai pada babak Intan bersama dengan Hilman...apa tidaknya, setiap kali babak melibatkan mereka berdua, pasti ada peristiwa yang mendatangkan rasa lucu, bahagia, marah, sakit hati dan adakalanya mendatangkan sedih sehingga mampu menitiskan air mata. Sha percaya babak antara Intan dengan Hilman adalah babak yang paling disukai oleh semua pembaca ASST...bagi Sha apa yang paling Sha suka apabila melibatkan mereka berdua apabila Hilman sedikit demi sedikit menggugat sikap ego dan keras kepala Intan yang kadang-kadang banyak melukakan hati orang lain termasuklah Hilman sendiri. Hilman memang begitu banyak mendidik Intan dan banyak memberikan ilmu kepada Intan sepanjang mereka bersama sehinggakan Intan yang pada mulanya agak manja, degil, dan ego bertukar menjadi gadis yang begitu kuat semangat, mula mengambil tahu hati dan perasaan orang lain serta tidak terlalu degil dan ego seperti sebelumnya walaupun ada sikit-sikit lagi rasa ego dan sikap degil dalam diri Intan yang sukar dikikis tetapi itulah yang menjadi cerita ini menarik...hehehehehe..tetapi jangan ingat, hanya Intan sahaja yang ada sikpa buruk, Hilman sendiri pun ada sikap buruknya juga yang kadang-kala pembaca buat-buat 'buta' dan tak tahu sahaja dengan sikap Hilman ini memandangkan masing-masing dah jatuh hati Hilman Yong...hahahaha...buat pembaca jangan marah ek??? hehehehe...betul kan?? hahahaha...sikap Hilman Yong yang sukar dikikis sejak mula sampailah akhir...bagi pendapat Sha la...sikap cemburu dia yang kadang-kadang agak melampau...memang Hilman digambarkan mempunyai sikap cemburu yang kuat namun disebabkan ajaran agama sikap cemburunya itu dapat dikawal namun sekali sikap cemburunya tidak mampu ditahan....akhirnya meletup dan memang membuatkan pembaca semua terkejut bila seorang Hilman Yong marah terhadap gadis yang dicintainya....kepada sesiapa yang belum baca...baik baca! hahaha..Waktu ini tentu semua pembaca mengalami bermacam-macam perasaan...sedih..geram dan sakit hati kan?? hehehehe....Sha tahu la...sebab sha juga rasakan benda yang sama...hahahaha....dan satu lagi sikap buruk Hilman..buruk ke?? sikap buruk juga la...apabila Hilman digambarkan sebagai seorang lelaki yang bersikap penakluk...apa yang menjadi hak dia..jangan ada sesiapa pun yang berani cuba merampasnya...kalau tidak...NAHAS!!! Jelas dalam ASST Hilman begitu bersikap 'pelindung' Intan...dia begitu marah sekiranya ada lelaki lain yang cuba mendekati Intan...hehehe...tapi Sha tetap percaya..sikap ni pun ramai yang membuatkan pembaca jatuh hati dengan Hilman Yong! Betul tak?? hehehehe.....

Selain karektor watak utama yang digambarkan oleh penulis...keistimewaan ASST juga terletak pada pelbagai jenis info serta pendidikan yang terdapat dalam novel ini. Apa tidaknya, kalau sesiapa yang sudah khatam baca ASST sudah tentu akan jatuh hati dengan kudanya sekali kan? Bukan Hilman je yang boleh buat pembaca jatuh hati malah dengan kudanya sekali. Lebih 50% cerita ini banyak menceritakan mengenai kuda, binatang yang menjadi kesayangan Hilman Yong dari awalan cerita sehinggalah akhir cerita. Pelbagai info mengenai kuda daripada yang paling 'basic' sehinggalah yang selama ni mungkin pembaca sendiri langsung tidak tahu mengenai kuda. Apa tidaknya, tidak semua pembaca tahu pasal kuda, tapi percayalah bila dan baca ASST pasti semua rasa macam nak pelihara kuda je kan?? hahahaha. Selain itu, ilmu agama turut sama kita perolehi secara tidak langsung di dalam ASST, tambah-tambah babak yang melibatkan Intan dengan Hilman...Hilman walaupun dia adalah seorang pendatang baru dalam Islam tetapi ilmu agamanya mengalahkan Intan yang sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam...sepanjang 'persahabatan' dan 'percintaan' mereka, banyak ilmu-ilmu agama yang Hilman sampaikan kepada Intan menyebabkan pembaca turut mendapat info secara tidak langsung.

Kesimpulannya, ASST memang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jalan ceritanya begitu lancar, watak-wataknya begitu menarik dan gaya bahasanya pula begitu santai dan mudah difahami. Walaupun konflik yang ditimbulkan oleh penulisa tidaklah begitu berat namun mampu membuatkan jantung pembaca tidak begitu stabil sepanjang tempoh untuk menghabiskan ASST. Ini pun berdasarkan pengalaman Sha sendiri...hehehe.. Jadi kepada sesiapa yang belum membaca ASST, bacalah! Anda boleh memberikan komen anda sendiri. Sha sebenarnya tidak mahu menceritakan secara detail mengenai jalan cerita ASST ini, nanti boleh membuatkan 'mood' pembaca yang belum membaca 'lari' pula! hehehehe...

Namun, setiap penulis pasti ada kelemahannya. Sama juga dengan ASST, ada juga kekurangannya, tidak semua karya begitu sempurna, namun dari segi kelemahan, rasanya Sha sendiri tidak layak untuk menegurnya, kerana Sha sedar Sha bukannya sesiapa yang boleh menegur kelemahan orang lain, sedangkan Sha sendiri pun banyak sangat kekurangan yang harus diperbaiki dari semasa ke semasa. Untuk kekurangan dalam ASST, biarlah orang yang lebih layak menegurnya dan Sha harap kak Melur Jelita dapat menerima sebarang teguran dari mana-mana pihak dengan hati yang terbuka. Percayalah kak, setiap teguran pasti ada 'ilmu' yang kita perolehi untuk kita perbaiki karya kita pada masa hadapan. Hehehehe...

Seperti biasa, Sha tidak boleh memaksa sesiapa yang membaca cerita ini sukakan ASST seperti mana Sha sukakan cerita ni. Lain individu lain pendapatnya, tidak semua manusia mempunya citarasa yang sama. Tapi ini adalah pendapat Sha mengenai ASST, salah satu cerita yang Sha suka sangat. Tapi Sha ada juga cerita lain yang Sha suka, ASST adalah salah satunya. hehehehe....Sha juga selalu meletakkan diri Sha sebagai seorang pembaca apabila membaca karya orang lain...Sha tidak meletakkan diri Sha sebagai seorang penulis...sebab bagi Sha...Sha belum sesiapapun dalam dunia penulisan ini...Sha belum layak sebenarnya untuk bergelar 'novelis'...banyak perkara yang Sha tidak tahu dan masih lagi belajar dan banyak benda juga yang harus Sha perbaiki...ehehehehe...

Sebelum Sha berhenti. Sekali lagi Sha meminta maaf sekiranya bingkisan ini akan membuatkan sesetengah pihak terasa mahupun berkecil hati. Sha tiada niat lain selain memberikan pendapat ikhlas mengenai ASST. Janganlah mudah membuat kesimpulan dan jangan mudah juga melatah. Pandanglah sesuatu dari susut positif maka 'kebaikan' yang boleh akan anda lihat nanti...Kepada sesiapa yang masih belum dapatkan ASST dapatkanlah ASST di kedai-kedai buku yang berhampiran, kemudian, nilailah sendiri. Berilah pendapat anda sendiri. Hanya anda yang berhak menilai karya yang anda baca. So...sha mengundur diri dahulu..bye..Assalamualaikum...PEACE NO WAR! It's me! My Real Me!

Ikhlas dari hati,

Sha Ibrahim ( dah macam surat la plak! Ahaks~)

Friday, September 23, 2011

Novel Pertama Yang Aku Baca dan 'Jatuh Hati'!

Salam. Heheh. Ini adalah entry pertama aku untuk ulas salah sebuah novel yang aku baca..Sebenarnya novel ni bukan sebarang novel. Ini adalah novel pertama yang buatkan aku begitu gilakan novel kreatif. Novel yang juga memberikan aku inspirasi untuk menulis sendiri. Walaupun secara 'bodoh-bodoh'. Bak kata orang sekadar nak melayan minat dan angan-angan yang terlintas kat dalam kepala otak. Apakah novel tu...jeng..jeng...jeng...




Inilah novelnya. Serius. Masa ni kalau tak silap aku, aku form 3. Masa tu juga aku tengah tunggu ayah aku ambil aku dari sekolah. Gara-gara aku bersekolah di sekolah yang agak juah sangat-sangat dari rumah aku..so aku kenalah balik sekali dengan ayah aku yang habis kerja dalam pukul lima petang. Ermm..jadi aku pinjam buku ni sekadar nak melayan masa 'boring' aku. Tapi alih-alih, memang buku ni buat aku rasa nak membaca tanpa henti. Best weh! Kena dengan jiwa aku masa tu!

Mari aku jelaskan serba sedikit tentang cerita ni. Genre cerita ni macam biasala. Tema utama dia tentang cinta. Namun olahan ayat dan jalan cerita yang cukup menarik membuatkan aku tertarik dengan karya ni. Terima kasih dekat Akak Amruszati Noor Rahim. Novel akak ni telah mengubah persepsi Sha terhadap novel. Sebenarnya aku tak suka baca novel yang kononnya 'tebal' nak mati dan 'tak boring ke??!!'Ahaks~..tapi bila baca novel ni aku mula mengubah persepsi aku. Best Dowh!! Aku habiskan juga pada hari tu.

Kisah dalam novel ni tak adalah berat sangat. Kisah percintaan antara Zakri dengan Afikah. Zakri seorang pelajar cemerlang di sekolah manakala Afikah seorang gadis yang agak 'lemah' dalam pelajaran. Zakri sememangnya seorang yang diminati dengan paras rupa dan karisma yang dimilikinya. Termasuklah Afikah walaupun hanya dalam diam. Namun cerita cinta mereka bermula bila Afikah dikehendaki menjadikan Zakri sebagai 'guru sambilan' untuk dia tingkatkan mutu pelajaran dia di sekolah. Di situ perjalanan cinta mereka bermula, daripada teman belajar, berubah menjadi teman yang begitu mengambil berat sehingga wujudnya perasaan 'cinta' dalam diri masing-masing. Tapi bak kata orang, kalau tak ada konflik, maka tak bergeraklah cerita. Kisah cinta Zakri dengan Afikah pun menghadapi dugaan seperti pasangan cercinta yang lain.

Perasaan hasad dengki telah memisahkan mereka. Apatah lagi sahabat baik Afikah sendiri yang menjadi duri dalam daging yang menyebabkan hubungan Zakri an Afikah terpisah. Waktak Suraya yang digambarkan penulis begitu baik sekali. Pembaca pasti tidak menyangka bahawa sahabat baik Afikah sendiri yang bencikan Afikah menjalinkan hubungan dengan Zakri, sedangkan watak Suraya ni digarap dengan begitu baik sebagai sahabat yang paling rapat dengan Afikah sewaktu di sekolah. Walaupun sikap Suraya ini kdang kala susah untuk diramal dan agak dingin, namun aku sebagai pemabaca langsung tidak terlintas yang Suraya adalah 'gunting dalam lipatan'. Rupa-rupanya gadis itu sendiri yang meminati Zakri malah cemburu akan hubungan Zakri dengan Afikah.

Paling aku tak sangka sekali, watak Suraya menjadi watak 'Ay' setelah gadis itu meningkat dewasa. Malah watak 'Ay' digarap lagi untuk dijadikan penghalang cinta Afikah dan Zakri yang yang mula berputik kembali. Menarik sekali, bila watak Ay ni dijadikan orang yang mahu dijodohkan dengan Zakri oleh ahli keluarga masing-masing. Rupa-rupanya Suraya @ Ay adalah orang yang cukup dikenali oleh Zakri sejak zaman sekolah lagi, cuma perkara ini langsung tidak diketahui oleh Afikah.

Cinta Afikah dan Zakri bukan sahaja dihalang oleh Suraya yang begitu gilakan Zakri, namun dalam masa yang sama, yang menjadi penghalang utama adalah ibu Zakri sendiri yang lebih suka bermenantukan Suraya yang begitu cantik dan setaraf dengan anaknya berbanding dengan Afikah, yang kelihatan begitu kolot dan tidak menepati citarasanya. Namun dalam cerita ni, pendapat aku, Zakri begitu pandai memainkan perananannya. Dia begitu bijak menghadapi konflik dan halangan cintanya dengan Afikah. Dia jenis yang tidak mudah melenting walaupun kadang kala dugaan yang dihadapi sedikit sebanyak mencabar kewibawaannya sebagai seorang lelaki, anak dan juga kekasih yang begitu mencintai. Kerana sikap sabar dan yakin yang ada pada dirinyalah yang membuatkan dia mampu untuk memiliki kekasih hati. Walaupun Afikah dalam novel ni digambarkan sebagai seorang gadis yang cepat sangat mengalah terutama perkara yang melibatkan percintaannya dengan Zakri.

Bak kata Zakri dalam novel ni. "Jangan dahulukan perasaan daripada akal" "Letakkan akal di depan perasaan". Sebab percaya dengan kata-kata sendirilah Zakri berjaya menghdapi segala dugaan yang dihadapinya dengan begitu tenang berbanding dengan Afikah yang mudah dibawa perasaan.

Itulah serba sedikit tentang cerita ini. Kalau mahu diceritakan semua. Agak panjang la pula. Tetapi apa yang paling aku suka dengan cerita ni, gaya dan lenggok bahasa, bagi aku begitu indah tetapi mudah difahami. Malah aku suka dengan kata-kata yang aku anggap 'puitis'di setiap permulaan bab. Itu adalah salah satu 'x-factor' yang ada pada novel ni dan penulis itu sendiri. Yang pasti, aku sukakan gaya bahasa dalam novel ini.

Cerita ini sebenarnya ada sambungannya. Kisah cinta Afikah dan Zakri disambung dalam cerita 'Bila Sena Kembali Berbunga 2'. Mungkin aku akan ulaskan kemudian. Untuk novel kedua ni, tema cinta terus diterapkan namun sedikit 'berat' apabila banyak konflik diketengahkan. Tapi masih lagi menepati citarasa aku. Malah,perasaan jadi tidak menentu untuk habiskan novel ni. Kenapa? Nanti aku sambung kemudian. Hehehehe.




Setakat ni saja yang mampu aku ulas untuk Novel Pertama yang aku baca. Macam biasa. Aku tetap nak beritahu, ini sekadar luahan aku, pendapat aku. Sekiranya ada yang suka, Alhamdulillah, kepada yang tidak suka, aku tak boleh nak paksa! Hehehe. Salam sayang. Sha Ibrahim.

Aku Juga Seorang Pembaca Tegar Novel!

Salam. Entah kenapa malam ni aku tiba-tiba terasa nak 'create' blog ni. Hehe. Bukan apa, waktu ni sebenarnya sepatutnya aku sambung 'e-novel' yang masih lagi tinggal sikit tapi 'mood' pulak keluar 'jalan-jalan' malam ni. Jadi...aku ambil keputusan nak wujudkan blog ni...wujudkan blog yang akan aku jadikan tempat untuk aku luahkan pendapat aku mengenai novel yang dah habis aku baca. Jeng..jeng...jeng.....Novel siapa yang akan jadi 'mangsa' untuk aku ulas dan bagi pendapat aku sebagai pembaca....ahaks~

Sejak dulu lagi aku memang suka membaca. Membaca secara kecil-kecilan waktu zaman sekolah ( sebab duit tak ada sangat..so pinjam dengan kawan-kawan je la). Bila masuk zaman kolej 'gian' aku terhadap novel bertambah sikit-sikit ( sebab waktu ni dah ada alaun..setiap kali balik cuti semester, aku akan sambar 2 hingga 3 biji novel untuk aku baca sepanjang cuti semester yang hanya sebulan sahaja. Hehehe. Dan bila masuk alam 'pekerjaan'..habis! Memang aku jadi 'gian' yang tahap petala nak sampai ke tahap 7..kalau dah beli novel...memang aku langsung tak ingat dunia. Main ambil jek. Bila bayar baru perasan 'over budget'...tapi aku tetap bayar la...takkan la nak letak balik beb!! Gila malu...hehehe...

Jadi sekarang ni..jumlah novel yang dah ada kat tangan aku nak kata banyak tu tak adalah banyak sebab aku pernah tengok pembaca tegar novel kumpul novel sampai dah boleh buka 'mini pustaka' aku rasa...buat masa sekarang ni mungkin jumlah novel aku dalam 200 lebih..mungkin! Aku pun tak pasti. Hehehe..Tapi tak kesemuanya aku baca..sebenarnya banyak sangat yang aku belum baca..hahaha...busy dengan kerja dan dalam masa yang sama busy dengan menulis...Menulis adalah minat pertama sebelum membaca...hehehe....

Ok la...setakat ni saja entry pengenalan aku mengenai blog ni. Kenapa aku wujudkan blog ni dan serba sedikit tentang salah satu 'minat' aku ini. Salam sayang. Sha Ibrahim.

P/S: Blog ni aku tak buat 'private'. Siapa yang suka singgahlah membaca. Siapa yang benci dan menyampah. Aku tak suruh pun kau baca. Dan apa sahaja komen orang yang 'dislike' hanya satu yang aku boleh cakap. ADA AKU KESAH!!!! heheh..bubye....muah..muah....