Friday, September 23, 2011

Novel Pertama Yang Aku Baca dan 'Jatuh Hati'!

Salam. Heheh. Ini adalah entry pertama aku untuk ulas salah sebuah novel yang aku baca..Sebenarnya novel ni bukan sebarang novel. Ini adalah novel pertama yang buatkan aku begitu gilakan novel kreatif. Novel yang juga memberikan aku inspirasi untuk menulis sendiri. Walaupun secara 'bodoh-bodoh'. Bak kata orang sekadar nak melayan minat dan angan-angan yang terlintas kat dalam kepala otak. Apakah novel tu...jeng..jeng...jeng...




Inilah novelnya. Serius. Masa ni kalau tak silap aku, aku form 3. Masa tu juga aku tengah tunggu ayah aku ambil aku dari sekolah. Gara-gara aku bersekolah di sekolah yang agak juah sangat-sangat dari rumah aku..so aku kenalah balik sekali dengan ayah aku yang habis kerja dalam pukul lima petang. Ermm..jadi aku pinjam buku ni sekadar nak melayan masa 'boring' aku. Tapi alih-alih, memang buku ni buat aku rasa nak membaca tanpa henti. Best weh! Kena dengan jiwa aku masa tu!

Mari aku jelaskan serba sedikit tentang cerita ni. Genre cerita ni macam biasala. Tema utama dia tentang cinta. Namun olahan ayat dan jalan cerita yang cukup menarik membuatkan aku tertarik dengan karya ni. Terima kasih dekat Akak Amruszati Noor Rahim. Novel akak ni telah mengubah persepsi Sha terhadap novel. Sebenarnya aku tak suka baca novel yang kononnya 'tebal' nak mati dan 'tak boring ke??!!'Ahaks~..tapi bila baca novel ni aku mula mengubah persepsi aku. Best Dowh!! Aku habiskan juga pada hari tu.

Kisah dalam novel ni tak adalah berat sangat. Kisah percintaan antara Zakri dengan Afikah. Zakri seorang pelajar cemerlang di sekolah manakala Afikah seorang gadis yang agak 'lemah' dalam pelajaran. Zakri sememangnya seorang yang diminati dengan paras rupa dan karisma yang dimilikinya. Termasuklah Afikah walaupun hanya dalam diam. Namun cerita cinta mereka bermula bila Afikah dikehendaki menjadikan Zakri sebagai 'guru sambilan' untuk dia tingkatkan mutu pelajaran dia di sekolah. Di situ perjalanan cinta mereka bermula, daripada teman belajar, berubah menjadi teman yang begitu mengambil berat sehingga wujudnya perasaan 'cinta' dalam diri masing-masing. Tapi bak kata orang, kalau tak ada konflik, maka tak bergeraklah cerita. Kisah cinta Zakri dengan Afikah pun menghadapi dugaan seperti pasangan cercinta yang lain.

Perasaan hasad dengki telah memisahkan mereka. Apatah lagi sahabat baik Afikah sendiri yang menjadi duri dalam daging yang menyebabkan hubungan Zakri an Afikah terpisah. Waktak Suraya yang digambarkan penulis begitu baik sekali. Pembaca pasti tidak menyangka bahawa sahabat baik Afikah sendiri yang bencikan Afikah menjalinkan hubungan dengan Zakri, sedangkan watak Suraya ni digarap dengan begitu baik sebagai sahabat yang paling rapat dengan Afikah sewaktu di sekolah. Walaupun sikap Suraya ini kdang kala susah untuk diramal dan agak dingin, namun aku sebagai pemabaca langsung tidak terlintas yang Suraya adalah 'gunting dalam lipatan'. Rupa-rupanya gadis itu sendiri yang meminati Zakri malah cemburu akan hubungan Zakri dengan Afikah.

Paling aku tak sangka sekali, watak Suraya menjadi watak 'Ay' setelah gadis itu meningkat dewasa. Malah watak 'Ay' digarap lagi untuk dijadikan penghalang cinta Afikah dan Zakri yang yang mula berputik kembali. Menarik sekali, bila watak Ay ni dijadikan orang yang mahu dijodohkan dengan Zakri oleh ahli keluarga masing-masing. Rupa-rupanya Suraya @ Ay adalah orang yang cukup dikenali oleh Zakri sejak zaman sekolah lagi, cuma perkara ini langsung tidak diketahui oleh Afikah.

Cinta Afikah dan Zakri bukan sahaja dihalang oleh Suraya yang begitu gilakan Zakri, namun dalam masa yang sama, yang menjadi penghalang utama adalah ibu Zakri sendiri yang lebih suka bermenantukan Suraya yang begitu cantik dan setaraf dengan anaknya berbanding dengan Afikah, yang kelihatan begitu kolot dan tidak menepati citarasanya. Namun dalam cerita ni, pendapat aku, Zakri begitu pandai memainkan perananannya. Dia begitu bijak menghadapi konflik dan halangan cintanya dengan Afikah. Dia jenis yang tidak mudah melenting walaupun kadang kala dugaan yang dihadapi sedikit sebanyak mencabar kewibawaannya sebagai seorang lelaki, anak dan juga kekasih yang begitu mencintai. Kerana sikap sabar dan yakin yang ada pada dirinyalah yang membuatkan dia mampu untuk memiliki kekasih hati. Walaupun Afikah dalam novel ni digambarkan sebagai seorang gadis yang cepat sangat mengalah terutama perkara yang melibatkan percintaannya dengan Zakri.

Bak kata Zakri dalam novel ni. "Jangan dahulukan perasaan daripada akal" "Letakkan akal di depan perasaan". Sebab percaya dengan kata-kata sendirilah Zakri berjaya menghdapi segala dugaan yang dihadapinya dengan begitu tenang berbanding dengan Afikah yang mudah dibawa perasaan.

Itulah serba sedikit tentang cerita ini. Kalau mahu diceritakan semua. Agak panjang la pula. Tetapi apa yang paling aku suka dengan cerita ni, gaya dan lenggok bahasa, bagi aku begitu indah tetapi mudah difahami. Malah aku suka dengan kata-kata yang aku anggap 'puitis'di setiap permulaan bab. Itu adalah salah satu 'x-factor' yang ada pada novel ni dan penulis itu sendiri. Yang pasti, aku sukakan gaya bahasa dalam novel ini.

Cerita ini sebenarnya ada sambungannya. Kisah cinta Afikah dan Zakri disambung dalam cerita 'Bila Sena Kembali Berbunga 2'. Mungkin aku akan ulaskan kemudian. Untuk novel kedua ni, tema cinta terus diterapkan namun sedikit 'berat' apabila banyak konflik diketengahkan. Tapi masih lagi menepati citarasa aku. Malah,perasaan jadi tidak menentu untuk habiskan novel ni. Kenapa? Nanti aku sambung kemudian. Hehehehe.




Setakat ni saja yang mampu aku ulas untuk Novel Pertama yang aku baca. Macam biasa. Aku tetap nak beritahu, ini sekadar luahan aku, pendapat aku. Sekiranya ada yang suka, Alhamdulillah, kepada yang tidak suka, aku tak boleh nak paksa! Hehehe. Salam sayang. Sha Ibrahim.

Aku Juga Seorang Pembaca Tegar Novel!

Salam. Entah kenapa malam ni aku tiba-tiba terasa nak 'create' blog ni. Hehe. Bukan apa, waktu ni sebenarnya sepatutnya aku sambung 'e-novel' yang masih lagi tinggal sikit tapi 'mood' pulak keluar 'jalan-jalan' malam ni. Jadi...aku ambil keputusan nak wujudkan blog ni...wujudkan blog yang akan aku jadikan tempat untuk aku luahkan pendapat aku mengenai novel yang dah habis aku baca. Jeng..jeng...jeng.....Novel siapa yang akan jadi 'mangsa' untuk aku ulas dan bagi pendapat aku sebagai pembaca....ahaks~

Sejak dulu lagi aku memang suka membaca. Membaca secara kecil-kecilan waktu zaman sekolah ( sebab duit tak ada sangat..so pinjam dengan kawan-kawan je la). Bila masuk zaman kolej 'gian' aku terhadap novel bertambah sikit-sikit ( sebab waktu ni dah ada alaun..setiap kali balik cuti semester, aku akan sambar 2 hingga 3 biji novel untuk aku baca sepanjang cuti semester yang hanya sebulan sahaja. Hehehe. Dan bila masuk alam 'pekerjaan'..habis! Memang aku jadi 'gian' yang tahap petala nak sampai ke tahap 7..kalau dah beli novel...memang aku langsung tak ingat dunia. Main ambil jek. Bila bayar baru perasan 'over budget'...tapi aku tetap bayar la...takkan la nak letak balik beb!! Gila malu...hehehe...

Jadi sekarang ni..jumlah novel yang dah ada kat tangan aku nak kata banyak tu tak adalah banyak sebab aku pernah tengok pembaca tegar novel kumpul novel sampai dah boleh buka 'mini pustaka' aku rasa...buat masa sekarang ni mungkin jumlah novel aku dalam 200 lebih..mungkin! Aku pun tak pasti. Hehehe..Tapi tak kesemuanya aku baca..sebenarnya banyak sangat yang aku belum baca..hahaha...busy dengan kerja dan dalam masa yang sama busy dengan menulis...Menulis adalah minat pertama sebelum membaca...hehehe....

Ok la...setakat ni saja entry pengenalan aku mengenai blog ni. Kenapa aku wujudkan blog ni dan serba sedikit tentang salah satu 'minat' aku ini. Salam sayang. Sha Ibrahim.

P/S: Blog ni aku tak buat 'private'. Siapa yang suka singgahlah membaca. Siapa yang benci dan menyampah. Aku tak suruh pun kau baca. Dan apa sahaja komen orang yang 'dislike' hanya satu yang aku boleh cakap. ADA AKU KESAH!!!! heheh..bubye....muah..muah....